Kasih Sayang Ayah

Tiada yang
diimpikan,melainkan melihat anak sendiri berjaya dalam semua prospek mahupun
duniawi ataupun akhirat. Kehilangannya,kerukunan institusi keluarga itu mungkin
akan sedikit longgar.
Dialah
ketua, dialah idola, dialah segala-galanya. Dialah bapa. Bapa yang merupakan
peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.
Dia tidak meminta
untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang
berguna, yang dapat membanggakannya,yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya
apabila dia tiada nanti, yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan
bangsa. Adakah kita seperti yang dia inginkan?
Renungkan
sejenak, mengambil semula nostalgia lama, menghirup semula memori dahulu,
adakah kita pernah melukakan hati dia? Sering ingkar akan arahannya? Adakah
kita tidak berfikir, kesukarannya dulu menjaga kita diwaktu kecil, bersengkang
mata bagi memastikan kita nyenyak, mengikat perut demi memastikan kita tidak
kelaparan, malah memberikan keselesaan kepada kita dengan memberikan
segala-galanya yang kita inginkan. Segantang emas belum tentu dapat menebus
semula pengorbanan yang telah dia lakukan. Teramat besar pengorbanannya.
Tiada bapa
yang mahu melihat anaknya ketagihan dadah, yang mahu anaknya menjadi penipu,
yang mahu anaknya menjadi pengemis. Dia cuma mahu anaknya menjadi seorang yang
berguna, yang dapat menimbulkan gelora bangga dan kesyukuran kerana
pengorbanannya mendidik kita tidak sia-sia.
Mari kita
tepuk dada sejenak, bertanya kepada diri sendiri, apakah usaha yang telah kita
lakukan untuk menjadi anak yang dapat membanggakan dia? Adakah kita pernah
berusaha sedemikian rupa? Atau kita sekadar berusaha untuk kekasih hati kita
yang bila-bila masa akan meninggalkan kita? Fikirkan!
Rata-rata
timbul disetiap pelusuk dada-dada akhbar,memaparkan kesalahan sosial golongan
kita pada masa kini yang setiap saat ada sahaja timbul isu yang baru.
Isu
pembuangan bayi masih belum-belum lagi berhenti, masalah dadah, mencuri, bahkan
membunuh ibu bapa sendiri. Inikah diri kita yang boleh dikatakan dapat
membanggakannya? Berlinang air matanya apabila melihat anak sendiri terlibat
dalam masalah sosial, bergolok gadai mengupah peguam dirinya demi memastikan
anak sendiri bebas dari penjara, tetapi setelah bebas, kesalahan yang sama
masih dilakukan.
Bagaimana
kita hendak membalas jasanya,sedangkan diri sendiri masih di awangan?
Permasalahan sosial ini bukan berpunca dari kita semua, tetapi hampir semua,
yang dari setiap detik semakin membarah dari hari ke hari.
"Ya
Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu
bapa kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami
melanggar perintah-Mu."
Kenangan Untuk Ayah
Kenangan
lama membias kembali
Masa kanak-kanakku
Masa yang begitu indah
Kau memelukku dalam dekap pangkuanmu
Aku tersenym bahagia
Masa kanak-kanakku
Masa yang begitu indah
Kau memelukku dalam dekap pangkuanmu
Aku tersenym bahagia
Kenangan
lama membias kembali
Saat masa-masa remaja menjemputku
Masa yang penuh pergolakan
Penuh dengan kebimbangan
Unutk menemukan jati diriku
Kau membimbngku dengan penuh kasih
Saat masa-masa remaja menjemputku
Masa yang penuh pergolakan
Penuh dengan kebimbangan
Unutk menemukan jati diriku
Kau membimbngku dengan penuh kasih
Kenangan
lama membias kembali
Masa-masa dewasa datang menghampiriku
Masa yang penuh tanggung jawab
Saat gelora cinta datang mendera kalbuku
Kau mengajariku memahami apa arti “ Cinta “
Masa-masa dewasa datang menghampiriku
Masa yang penuh tanggung jawab
Saat gelora cinta datang mendera kalbuku
Kau mengajariku memahami apa arti “ Cinta “
Saat
kegagalan melandaku
Kau membangkitkanku kembali
Kau menisik jiwaku dengan asa
Yang tak pernah tenggelam
Untuk menggapai cinta dan cita
Kau membangkitkanku kembali
Kau menisik jiwaku dengan asa
Yang tak pernah tenggelam
Untuk menggapai cinta dan cita
“ Jangan
pernah menyerah “
Itulah kata
yang senantiasa
Kau bisikkan kepadaku
Tuhan pastikan selalu
Memberikan jalannya kepada mu
Kau bisikkan kepadaku
Tuhan pastikan selalu
Memberikan jalannya kepada mu
0 komentar:
Posting Komentar